Hidupkan diri dengan qiyamulail

Friday, December 17, 2010



Kita mungkin pernah alami situasi sebegini, "urmm malasnya nak bangun awal-awal pagi ni" ataupun "bangun jap2 lagilah awal lagi ni". Ungkapan ini biasa dimenologkan oleh sesetengah kita apabila menjelang sepertiga malam, kerana waktu tersebut adalah waktu puncak kenikmatan tidur dan juga waktu paling mustajab diterima doa.

Pada tulisan kali ini, penulis ingin berkongsi tentang sebuah hadis yang berkaitan dengan keindahan qiyamulail yang di petik melalui kitab at-tariq fil jannatil firdaus karagnan Mahmud al misriy.

Maksudnya : Hendaklah kamu qiyamulail, kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, sebagai pendekatan kepada Allah, pencegah daripada dosa dan menghapus penyakit badan.

Berdasarkan hadis ini banyak fadilat dan kelebihan daripada solat qiyamulail ini lagipun ia merupakan sunat mu'akad, antara kelebihannya :

- mengikut sunah orang-orang soleh.
- bertaqarub kepada Allah.
- pencegah daripda dosa.
- menghapus penyakit badan.

Suka untuk penulis berkongsi huraian yang dibuat oleh Drs. haji syahrin jasah iaitu penterjemah kitab at-tariq fil jannatil firdaus. Beliau mengatakan orang-orang yang soleh itu ialah orang-orang soleh sebelum kita yakni merupakan umat sebelum kita. Bahkan qiyamulail amalan nabi kita.

Qiyamulail cara mendekatkan diri kepada Allah. Ini samalah dengan mendekati seorang pemimpin yang tidak cukup dengan bertemu ditempat orang ramai bahkan mesti pergi kerumahnya dan pandaipandailah ambil hatinya. Begitu juga dengan Allah ta'ala ingin sentiasa hambanya tunduk kepadanya.

Mencegah daripada perkara mungar.Jika kita sentiasa melakukan qiyam hati akan menjadi tenang dan perasaan batil akan lenyap. Bahkan kita rasa tidak ingin melakukan kebatilan lagi.

Menghapuskan penyakit badan. Caranya mungkin Allah menghilangkan penyakit kita kerana kita mengerjakan perkara yang diredhaiNya. Mungkin dengan ibadah kita lakukan hilang segala permasalahan sehingga kepala menjadi ringan, bahkan tercapai ketenangan hidup.

Mudahan dengan hadis dan huraiannya ini, dapat memberi keazaman kepada kita untuk berqiyam kerana Allah serta melazatkan lagi ibadat kita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP