Ayuh terus berselawat

Saturday, February 4, 2012



Allahumma solli 'Ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi Muhammad..

Saya memanjatkan syukur kepada Allahu rabbi 'alamin kerana menangguhkan kematian yang tidak tahu tarikhnya untuk bertemu dengan bulan yang mulia yakni bulan Rabi'u awwal beserta hari yang mulia hari kelahiran Rasulullah sollolahu 'alahi wasallam hari yang penuh barakah dan tenang bagi mereka yang menelitinya.

Kami ya Rasulullah mencintaimu serta sangat mengharapkan syafaatmu di hari mahsyar kelak jika tiada dirimu maka buta dan hilang akallah kami di padang yang penuh dengan lautan manusia. Ya Rasulullah kami berusaha agar diri kami sentiasa mengikuti sunnah-sunnahmu kerana kami sentiasa ingat akan kata-katamu :-

" Barang sesiapa yang berpegang kepada kitabullah dan As-sunnah maka tidak akan sesat " - Rasulullah saw -

kata-kata ini akan kami pegang sehingga akhir hayat kami.

" sesungguhnya aku diutuskan untuk memuliakan akhlak "

kami juga tidak akan lupa akan kata-kata ini, kami tahu Habibina diutuskan untuk memperelokkan akhlak kami tetapi sekarang kami cuba untuk memperbaiki akhlak kami mengikut suruhanmu, kami umat akhir zaman yang leka dan lalai sentiasa doakan kami disana.

Benarlah Firman Rabbu 'Izzati :

" Mereka tidak berhak mendapat syafa'at kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah " ( surah Maryam ayat 87 )

Ingatlah perjanjian disini ialah mereka yang sentiasa mengikut suruhan Allah dan mengikut ajaran Rasulullah saw.

Maka pada Maulidur Rasul pada hari ini perbanyakkan selawat kepada Baginda dan jangan tinggalkan perkara ini pada hari-hari lain. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433 H.

Read more...

KITE 2O12

Thursday, February 2, 2012




Alhamdulillah wa 'Ala Rasulillah..

Baru2 telah berlansung Kelantan International Islamic Creative Industry Trade Exhibition 2012 atau KITE 2012 pada 19-29 januari di perkarangan stadium sultan Muhammad V di kota bharu.

Alhamdulillah saya sempat juga bertandang ke stadium disamping tengok2 menu sempat juga menjamah makanan yang lazat, pening kepala dibuatnya nak memilih makanan yang beraneka rupa & rasa ni semuanya lazat2..

Di tengah2 dataran stadium beberapa penjual2 dari beberapa buah negara telah mempamerkan masakan negara masing2, antara negara yang menyertai yang saya ingat dari iran, china, uzbekistan, thailand dan malaysia. Rezeki saya ari tu dapat santap nasi kromok walaupun sebelum ni pernah makan dan beli di pasar malam tapi rasa makcik thailand tu buat memang best lebih2 lagi supnya. Itu kenikmatan juadah air tangan saudara seislam yang tak pernah lagi saya jejaki negara mereka.

Ya Allah jadikan makanan utk diri kami dari sumber yang halal lagi bersih. teringat hadis nabi saw :-

Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do’anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)

Tahniah negeri Kelantan mudahan dapat lagi menjayakan program sebegini.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP