Ayuh terus berselawat

Saturday, February 4, 2012



Allahumma solli 'Ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi Muhammad..

Saya memanjatkan syukur kepada Allahu rabbi 'alamin kerana menangguhkan kematian yang tidak tahu tarikhnya untuk bertemu dengan bulan yang mulia yakni bulan Rabi'u awwal beserta hari yang mulia hari kelahiran Rasulullah sollolahu 'alahi wasallam hari yang penuh barakah dan tenang bagi mereka yang menelitinya.

Kami ya Rasulullah mencintaimu serta sangat mengharapkan syafaatmu di hari mahsyar kelak jika tiada dirimu maka buta dan hilang akallah kami di padang yang penuh dengan lautan manusia. Ya Rasulullah kami berusaha agar diri kami sentiasa mengikuti sunnah-sunnahmu kerana kami sentiasa ingat akan kata-katamu :-

" Barang sesiapa yang berpegang kepada kitabullah dan As-sunnah maka tidak akan sesat " - Rasulullah saw -

kata-kata ini akan kami pegang sehingga akhir hayat kami.

" sesungguhnya aku diutuskan untuk memuliakan akhlak "

kami juga tidak akan lupa akan kata-kata ini, kami tahu Habibina diutuskan untuk memperelokkan akhlak kami tetapi sekarang kami cuba untuk memperbaiki akhlak kami mengikut suruhanmu, kami umat akhir zaman yang leka dan lalai sentiasa doakan kami disana.

Benarlah Firman Rabbu 'Izzati :

" Mereka tidak berhak mendapat syafa'at kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah " ( surah Maryam ayat 87 )

Ingatlah perjanjian disini ialah mereka yang sentiasa mengikut suruhan Allah dan mengikut ajaran Rasulullah saw.

Maka pada Maulidur Rasul pada hari ini perbanyakkan selawat kepada Baginda dan jangan tinggalkan perkara ini pada hari-hari lain. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433 H.

Read more...

KITE 2O12

Thursday, February 2, 2012




Alhamdulillah wa 'Ala Rasulillah..

Baru2 telah berlansung Kelantan International Islamic Creative Industry Trade Exhibition 2012 atau KITE 2012 pada 19-29 januari di perkarangan stadium sultan Muhammad V di kota bharu.

Alhamdulillah saya sempat juga bertandang ke stadium disamping tengok2 menu sempat juga menjamah makanan yang lazat, pening kepala dibuatnya nak memilih makanan yang beraneka rupa & rasa ni semuanya lazat2..

Di tengah2 dataran stadium beberapa penjual2 dari beberapa buah negara telah mempamerkan masakan negara masing2, antara negara yang menyertai yang saya ingat dari iran, china, uzbekistan, thailand dan malaysia. Rezeki saya ari tu dapat santap nasi kromok walaupun sebelum ni pernah makan dan beli di pasar malam tapi rasa makcik thailand tu buat memang best lebih2 lagi supnya. Itu kenikmatan juadah air tangan saudara seislam yang tak pernah lagi saya jejaki negara mereka.

Ya Allah jadikan makanan utk diri kami dari sumber yang halal lagi bersih. teringat hadis nabi saw :-

Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do’anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)

Tahniah negeri Kelantan mudahan dapat lagi menjayakan program sebegini.

Read more...

Kembali...

Wednesday, January 25, 2012

Selawat serta salam keatas rasul junjungan Nabi saw mudahan kita mendapat syafa'at di yaumu mahsyar kelak.

Alhamdulillah dengan kekuatan Allah ta'ala kepadaku hamba yang lemah dapat lagi saya meneruskan aktiviti perkongsian ilmu melalui blog موعظة. I'Allah juga pada mudahan kita dapat berkongsi idea dalam memantap diri =)

Pesan Rasulullah saw..

" Sampaikanlah walaupun satu ayat " mudahan apa yang akan dikongsikan dapat manfaat bersama.

- jangan tunggu bila nak jadi ustaz, tapi tanya diri bila kita nak start - ambil kata2 akhil hayy..hehe

Teruskan perjuangan.. JOM!!!!

Read more...

Hidupkan diri dengan qiyamulail

Friday, December 17, 2010



Kita mungkin pernah alami situasi sebegini, "urmm malasnya nak bangun awal-awal pagi ni" ataupun "bangun jap2 lagilah awal lagi ni". Ungkapan ini biasa dimenologkan oleh sesetengah kita apabila menjelang sepertiga malam, kerana waktu tersebut adalah waktu puncak kenikmatan tidur dan juga waktu paling mustajab diterima doa.

Pada tulisan kali ini, penulis ingin berkongsi tentang sebuah hadis yang berkaitan dengan keindahan qiyamulail yang di petik melalui kitab at-tariq fil jannatil firdaus karagnan Mahmud al misriy.

Maksudnya : Hendaklah kamu qiyamulail, kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, sebagai pendekatan kepada Allah, pencegah daripada dosa dan menghapus penyakit badan.

Berdasarkan hadis ini banyak fadilat dan kelebihan daripada solat qiyamulail ini lagipun ia merupakan sunat mu'akad, antara kelebihannya :

- mengikut sunah orang-orang soleh.
- bertaqarub kepada Allah.
- pencegah daripda dosa.
- menghapus penyakit badan.

Suka untuk penulis berkongsi huraian yang dibuat oleh Drs. haji syahrin jasah iaitu penterjemah kitab at-tariq fil jannatil firdaus. Beliau mengatakan orang-orang yang soleh itu ialah orang-orang soleh sebelum kita yakni merupakan umat sebelum kita. Bahkan qiyamulail amalan nabi kita.

Qiyamulail cara mendekatkan diri kepada Allah. Ini samalah dengan mendekati seorang pemimpin yang tidak cukup dengan bertemu ditempat orang ramai bahkan mesti pergi kerumahnya dan pandaipandailah ambil hatinya. Begitu juga dengan Allah ta'ala ingin sentiasa hambanya tunduk kepadanya.

Mencegah daripada perkara mungar.Jika kita sentiasa melakukan qiyam hati akan menjadi tenang dan perasaan batil akan lenyap. Bahkan kita rasa tidak ingin melakukan kebatilan lagi.

Menghapuskan penyakit badan. Caranya mungkin Allah menghilangkan penyakit kita kerana kita mengerjakan perkara yang diredhaiNya. Mungkin dengan ibadah kita lakukan hilang segala permasalahan sehingga kepala menjadi ringan, bahkan tercapai ketenangan hidup.

Mudahan dengan hadis dan huraiannya ini, dapat memberi keazaman kepada kita untuk berqiyam kerana Allah serta melazatkan lagi ibadat kita.

Read more...

Ayat-ayat berkenaan 'couple' berbicara

Tuesday, December 7, 2010



Hidupnya manusia saling perlu memerlukan antara satu dengan yang lain. Jika manusia hidup bersendirian tanpa bantuan insan sirnalah makna kehidupan. Begitu juga hubungan antara lelaki dan wanita perlu diwujudkan untuk menceriakan hayat duniawi kerana tanpa lelaki wanita kesepian dan tanpa wanita hidup kaum adam tak akan sempurna.

TETAPI adakah boleh lelaki dan wanita keluar berdua-duaan, bercakap di telefon berjam-jam tanpa tujuan, 'dating' di tempat-tempat gelap, bergurau senda dan bertepuk bertampar,? persoalan sebegini perlu kita kembali kepada ad-din kita yang telah menetapkan batas-batas dalam Islam antara kaum adam dan hawa.

Dalam tulisan kali ini, penulis ingin berkongsi serba sedikit tentang ayat-ayat berkaitan dengan ayat-ayat yang melarang hubungan @ perbuatan sebelum akad.

Surah Yasin(36) ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Firman Allah, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30

Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31.
Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”



Firman Allah, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26

Firman Allah, “Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22)

Firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Firman Allah,“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151.

Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23, ” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)


Jika kita sudah tahu akan keburukan sesuatu perkara tetapi kita melanggarnya juga, nescaya tanggungan azabnya amat berat. Perubahan perlu kita lakukan untuk menjadi lebih baik, memandangkan kita baru sahaja memasuki tahun baru 1432hijrah. Sebagai renungan terakhir kita hayati hadis nabi ini :

"Hijrah tak akan terputus hingga taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit disebelah barat" ( riwayat Abu Dawud )

Read more...

'idul adha

Thursday, November 18, 2010

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah. Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas keranaTuhanmu. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan. ( Al-kauthar ).

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar, la ilaha illallah walahuakbar Allahuakbar walillahil hamd. Kalimah kesucian ini tergiang-giang didengari bila 'idul diraikan tidak kiralah samada 'idul fitri ataupun 'idul adha. Alhamdulillah pada 10 zulhijjah bersamaan dengan 17 november kita telah merayakan 'idul adha walaupun di negara-negara lain ada yang menyambutnya lebih awal sehari.

Segala puji dengan nikmaMu, 'idul adha disambut dengan sederhana seperti tahun-tahun sebelum ini. walaupun tahun ini penulis tak buat qurban, tetapi tetap bersama-sama melaungkan takbir ketika lembu diqurbankan.

Peristiwa qurban adalah peristiwa pengorbanan yang perlu dicontohi oleh umat Islam sekarang dan jangan disirnakan. Jika dilihat, peristiwa ini diobjektifkan daripada kisah nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail. Bagaimana seorang ayah sanggup menyembelih anak yang tercinta kerana mengikut kehendak Allah ta'ala. Selain pada itu, kita boleh lihat pengorbanan ibu yakni hajar kepada anaknya untuk mendapatkan seteguk air untuk diminum anak tercinta Ismail.

Sabda Rasulullah saw : Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.' ( riwayat Imam Muslim )

Bagi umat Islam yang tidak melakukan Ibadat haji disunatkan kepada mereka untuk melakukan qurban. Setiap orang yang melakukan qurban hendaklah berada ditempat penyelembelihan, bak kata ustaz zawawi yusuf orang yang melihat proses qurban perlu berasa seperti lembu yang mana diikat, dipegang beramai-ramai dan disembelih untuk membuktikan pengrbanan dan keihklasan kita terhadap sesuatu yang kita buat.
wallahu 'alam.

Disini penulis lampirkan juga aktiviti qurban di Masjid Al-karomah baung, pengkalan chepa.



Lembu yang telah disembelih



Kelihatan imam tirmizi ( baju merah ) menyiat kulit.



Ajk masjid gigih menyiang daging.

kullu 'amin wa antum bilkhair.

Read more...

Taubat

Saturday, November 6, 2010

'wahai orang-orang yan mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha'( attahrim : 8 )

Bismillahirahmanirahim..

Diceritakan bahawa umar al khatab berjalan-jalan di pinggir kota. beliau melihat pemuda membawa botol yang disorok di sebalik bajunya. lalu umar berkata, 'wahai pemuda apa yang engkau sorokkan di sebalik bajumu itu?' sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. maka dalam hatinya berdoa, "ya Allah, jangan engkau beri aku malu di hadapan umar, jangan bukakan rahsiaku kepadanya. aku berjanji tidak akan minum arak selamanya. kata pemuda itu 'wahai amirul mukminin yang aku bawa ini adalah cuka'.Dan dipendekkan cerita lalu arak itu bertukar menjadi cuka dengan izin Allah.

kisah ini memberikan kita satu pengajaran beharga kepada insan yang melakukan maksiat dan ingin bertaubat. Ada sesetengahnya sering bertaubat dan sering juga melakukan maksiat, golongan ini tidak istiqomah dengan taubatnya.

Cuba kita lihat...





merapi di di indonesia



banjir di thailand





banjir di malaysia

Semua fenomena alam ni adalah fenomena yang baru berlaku, adakah semua ini ujian daripada Allah @ disebabkan oleh keingkaran manusia itu sendiri. Contoh-contoh fenomena sebelum ni seperti taufan, banjir kilat di pakistan, gempa bumi dan tsunami di indonesia merupakan sebab daripada alasan manusia mengingkari suruhanNya.

Taubat dan fenomena alam adalah benda yang berkaitan serta perlu difikir kesannya. Seorang yang digelari muslim perlu sentiasa menyesali diri dengan sentiasa muhasabah dan bertaubat agar bencana dan ujian Allah kurang dihujani lagi.

Allah berfirman :

'Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan selain daripada Allah dan tiada membunuh manusia yang diharamkan Allah, membuatnya kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. barangsiapa yang melanggari perintah Allah nescaya akan menemui dosa (seksa). Dilipatgandakan seksa untuknya pada hari kiamat dan kekal didalamnya dan terhina. kecuali orang yang bertaubat dan beriman lagi mengerjakan amal soleh'. Maka Allah akan mengantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah pengampun lagi penyayang. Baragsiapa taubat dan beramal soleh, maka sesungguhnya ia taubat kepada Allah sebenar-benarnya taubat.' ( al-furqan : 68-71 )

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP