Kewajipan pemuda Islam

Friday, May 21, 2010



Pemuda Islam ibarat mutiara bersinar yang akan bertanggungjawag keatas tanah air mereka. Mutiara akan bersinar sekiranya cara didikan sebagai pemuda Islam di didik dengan betul. walhal pada era teknologi sekarang ni pemuda2 kita kebanyakannya lebih leka dengan arus kemodenan dunia sehingga lupa akan destinasi kemudian. tidak salah untuk meneliti kemodenan tetapi biarlah seimbang.

saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 semua tentang ucapan yang telah diungkapkan oleh Abul a'ala al-maududi seorang syeik dari hydrabad, pakistan. Beliau telah membuat kesimpulan tentang beberapa perkara yang harus di titikberatkan oleh pemuda2 Islam zaman moden ini.

Antaranya :

- Harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci, agar sahabat2 semua benar2 menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar sahabat2 benar2 menjadi muslim dari segi hati dan perasaan.

- sahabat semua mesti memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga sahabat2 dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam. Hendaklah sahabat2 semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menumbuhkan bibit2 nifaq dalam jiwa.

- Janganlah sahabat2 merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang sahabat2 mampu mealui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada sahabat2 untuk berdakwah. samaada melalui ucapan atau tulisan.

- Hendaklah sahabat2 gabungkan tiap2 yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan sahabat2 anda.

- Sahabat2 mesti menyebarkan dakwah di kalangan orang2 awam hingga boleh menyingkap kabus kejahilah mereka. sahabat2 sebagai medium kepada mereka tentang nur agama mereka sehingga mereka boleh beza perkatra baik dan buruk. kita kena ingat bahawasanya ;

* bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumu yang baik untuk dibangunkan negara Islam.

- Jangan sahabat2 cuba membangunkan dasar2 Islam di atas asas yang tidak sihat, mesti ada sifat sabar dahulu dalam masalah membina negara Islam.

Inilah enam cara yang ditekankan oleh al-maududi.

wallahu a'lam.

Read more...

Bila sakit..

Saturday, May 15, 2010


Alhamdulillah..

Syukur kepada tuhan kerana memberi kita kesihatan pada hari ini dan dengan kesihatan ini dapat kita melakukan aktiviti harian. Adakah terdetik di hati kita bagaimananah keadaan pesakit2 yang berada di hospital? mereka hanya dapat berbaring sahaja di atas katil, bila nak ke tandas orang pimpinkan, nak makan orang suapkan. Jika kita sedemikian, kita boleh merasai apa yang mereka rasai.

Pada 15 mei yakni semalam, Saya berkesempatan untuk menemani sahabat saya sakit. Perubahan orang sihat dan orang sakit amat ketara bezanya, dulunya dia seorang yang periang dan sekarang dia hanya terlantar di atas katil dan badannya amatlah lemah kerana baru lepas menjalani pembedahan kecil pada perutnya.

Malam atau siang serupa baginya kerana dia tak boleh tidur, katanya 'badan tak sedap' dia tak menyentuh pun makanan kerana tiada selera untuk makan.

Jika difikirkan balik beruntungnya aku hari ni kerana diberi kesihatan oleh Allah dan dihindarkan penyakit buat masa ini, mudahan kesihatan ini berterusan hendaknya. Kadang-kadang sakit adalah penyembuh bagi hati yang rosak, Allah memberi ujian sakit kepada hambanya supaya hambanya lebih bertaqarrub kepadaNya dan sentiasa ingat kepadaNya.

Memandangkan kita masih lagi segar bugar eloklah sama2 menghindari dari melakukan dosa, sama ada dosa kecil ataupun besar, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat jika kita melakukan dosa besar jangan ketika sakit baru kita nak insaf dan bertaubat. Ingatlah mati sentiasa mengekori kita dimana sahaja kita berada. Firman Allah ta'ala ;"setiap yang hidup pasti akan merasai mati".

Wallahu a'lam

Read more...

Isilah waktu senggang..

Wednesday, May 12, 2010



Isilah masa lapang anak-anak dengan perkara yang bermanfaat. Ramai anak-anak terutamanya anak-anak orang Melayu mempunyai banyak masa lapang tetapi lalai dan lagha dengan masa yang sangat berharga hingga melakukan perkara-perkara yang negatif.


Akhirnya, mereka akan terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti lepak, ponteng, menghisap dadah, pergaulan bebas, lumba haram, mencuri dan sebagainya.

Kebanyakan anak-anak kaum lain seperti kaum Cina, India dan Punjabi terutama di peringkat sekolah rendah, kebiasaannya dikawal oleh ibu bapa mereka untuk menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti persatuan, sukan, kelas kemahiran atau kelas tuisyen. Malah anak-anak mereka dikawal dari segi kebebasan dengan dihantar pergi dan balik dengan kenderaan sendiri.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh itu, didiklah anak-anak agar bijak menghargai masa.


Aktiviti Mengisi Masa Lapang Anak-Anak

Mengasah Bakat / Kreativiti / Hobi

* Melukis
* Fotografi
* Robotik
* Mengarang
* Belajar khat
* Bernasyid
* Menanam bunga
* Berkebun sayur
* Menghias rumah
* Melancong

Memiliki Kemahiran

* Komputer
* Melayari internet yang berfaedah
* Kelas tuisyen
* Kumpulan belajar
* Bermain kompang
* Bermain key-board
* Memotong & mengumpul keratan akhbar
* Memiliki lesen memandu

Bersosial yang Sihat

* Melawat nenek di kampung
* Beramah mesra dengan jiran
* Menziarahi keluarga
* Mengikuti rombongan sambil belajar
* Menziarahi pesakit di hospital
* Menziarahi kelahiran, sakit dan kematian
* Melibatkan diri dengan aktiviti kelab, persatuan, NGO atau kerja-kerja sukarela

Bersukan

* Bola sepak
* Badminton
* Sepak takraw
* Berenang
* Ping-pong
* Bola jaring
* Jogging
* Strolling
* Judo
* Silat

Mendalami Pendidikan Agama

* Belajar & Menghafal Iqra / Al-Quran
* Belajar tajwid / tahsinul Quran
* Belajar tarannum
* Belajar fardhu 'Ain
* Mendengar ceramah agama
* Berjemaah di masjid / surau
* Mengikut kumpulan usrah
* Menziarahi makam orang-orang soleh

Aktiviti Luar / Lasak

* Berkhemah
* Jungle Trekking
* Aktiviti Pacuan 4 Roda
* Memancing
* Berbasikal
* Memanjat bukit / gunung
* Unggun api
* Bermain wau

Wallahu'alam.

di nukilkan oleh Syed Abi Ghufran Al-Idrus.

Read more...

Mengatasi masalah sosial.

Monday, May 10, 2010

Remaja Dan Belia Menurut Islam

Menurut Kamus Dewan, remaja bererti, mula hendak dewasa, telah mencapai aqil baligh dan sudah sampai umur untuk berkahwin. Belia pula ialah golongan muda remaja dan
pemuda.(Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Th: 1970.
hal: 48 dan 95).

Remaja dan belia adalah anak-anak muda lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur yang telah melimpasi umur kanak-kanak dan mula memasuki umur dewasa, umur yang cukup untuk mendirikan rumah tangga, kerana telah baligh. Umumnya remaja dan belia ialah
golongan muda-mudi yang sudah baligh hingga mencapai umur 25 tahun.

Oleh itu apabila kita membincangkan masalah sosial di kalangan remaja dan belia
Islam bererti kita membincangkan keruntuhan akhlak dan gejala-gejala negatif di kalangan golongan muda-mudi Islam yang sudah baligh iaitu kira-kira dua belas tahun hinggalah mencapai umur 25 tahun.

Alam remaja dan belia adalah merupakan zaman keemasan dan menyeronokkan. Kehidupan yang penuh ceria dan menyukakan hati. Perubahan-perubahan dari segi jasmani dan tubuh badan akan berlaku dengan cepat dan jelas. Sifat kelelakian dan kewanitaan akan
menonjol. Perkembangan jiwa, emosi dan perasaan akan menjadi subur, keinginan hawa
nafsu dan naluri kemanusiaan amat tinggi dan berpengaruh. Pada peringkat ini
perkembangan kecerdasan otak sedang pesat, mendalami dan meluaskan ilmu pengetahuan
dan pengalaman boleh dilakukan dengan cara berkesan, mengembangkan bakat dan
kemahiran mudah diusahakan.



Umumnya, zaman remaja dan belia adalah zaman yang paling penting dan kritikal,
jika baik dan berjaya, maka baik dan berjayalah mereka di dalam kehidupan di dunia dan akhirat, jika generasi remaja dan belia-belia berjaya, utuh dan mantap, maka berjaya, utuh dan mantaplah ummah kerana mereka adalah pemimpin masa depan dan generasi penyambung. Peringkat umur baligh hingga kedua puluh lima tahun ini adalah peringkat yang paling produktif dan bertenaga. Umur peringkat ini ialah umur pelajar dan tingkatan satu sekolah menengah hingga mengikuti Ijazah sarjana atau doktor falsafah di universiti.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala :

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat. Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakinya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”. (Surah Al-Rum: 54).

Matlamat Kejadian Manusia

Manusia dijadikan Allah di dalam bentuk yang terbaik dengan tujuan agar mereka
beribadah kepada Allah Subhanahu Wataala.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”.
(Surah Al-Zariat: 56)


Ayat di atas dengan jelas menyatakan tujuan Allah menjadikan jin dan manusia agar
mereka beribadah semata-mata kepadanya. Dalam ertikata ibadah yang luas, meliputi ibadah fardhu Ain dan ibadah fardhu Kifayah, ibadah wajib dan sunnah, ibadah khas dan ibadah ‘am, meninggalkan munkar dan menegakkan ma’ruf juga adalah ibadah.

Ibadah ini hanya akan dapat dilaksanakan apabila kita menjadikan keredaan Allah
sebagai matlamat kegiatan hidup.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan yang memelihara dan pentadbiran sekalian alam.” (Surah Al-An’am: 162).

Walaupun ayat di atas ditujukan kepada Nabi Muhammad tetapi ianya juga dimaksudkan kepada umat Islam seluruhnya, kita hendaklah menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat kehidupan.


Tugas Dan Tanggungjawab


“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungiawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka dengan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sungguh memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.

Menurut jumhur ulama, amanah itu ialah kewajipan menegakkan agama Allah (Islam) atau kewajipan melaksanakan tugas terhadap agama Allah (Islam) yang diberikan kepada manusia.

Din Allah, atau agama Allah yang disebut Islam adalah suatu amanah yang telah dibentangkan kepada makhluk-makhluk selain dari manusia untuk menerima dan menunaikan tanggungjawab keagamaan tersebut dengan sebaik-baiknya. Semua akhluk makhluk itu menolak, akan tetapi manusia sungguh menerimanya kerana ia adalah sebaik
baik makhluk yang layak dijadikan khalifah oleh Allah.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Surah A1-Baqarah:30).

Khalifah Allah di bumi ini yang bersama insan ditugaskan untuk menunaikan amanah
Allah iaitu menegakkan Islam. Jika mereka benar-benar beriman dan mempunyai iltizam di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, dan menunaikan amanah Allah ini pasti
mereka akan berjaya.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kalangan
kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifahkhalifah
yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredainya untuk mereka, dan lagi ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadah kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah Al-Nur: 55)

Demikian dijelaskan oleh Allah janji-janjinya, kepada orang-orang yang beriman dan
beramal saleh, golongan yang berjaya melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di
bumi, dan menunaikan amanah yang diberikan oleh Allah, akan menjadi khalifah dan
golongan yang memegang kuasa pemerintahan di bumi Allah ini dan menjadi mulia di dunia dan akhirat.

Islam Sebagai Al-Din

Apa yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam ayat tersebut di
atas telahpun berlaku, kerana umat Islam yang pada mulanya kecil bilangannya, ditindas dan diancam oleh musuh, telah berjaya, terutama dalam zaman Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda, berjaya menegakkan pemerintahan, menghancurkan musuh-musuh yang menceroboh, menegakkan Islam, melaksanakan syariat Islam, menjadikan Islam sebagai cara hidup dan mengembangkannya di merata-rata dunia.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan telah Ku cukupkan untuk kamu nikmat Ku dan telah Aku reda Islam dan (agama) kamu”.
(Surah Al Maidah: 3)


Ayat ini dengan jelas menerangkan Allah telah menyempurnakan Islam sebagai Al- Din untuk kepentingan dan faedah manusia, demi untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
dan Islam adalah merupakan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada
hamba-hambanya dan tiada nikmat lebih besar dari itu. Allah juga menegaskan yang ianya reda Islam untuk menjadi agama seluruh umat manusia.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali-Imran: 19)

Sekali lagi Allah menjelaskan yang Islam adalah agama yang diredainya. Ini bermakna sesiapa yang ingin mendapat keredaan Allah hendaklah patuh, taat, berpegang teguh dan melaksanakan seluruh ajaran Islam.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadanya, menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela mahupun terpaksa, dan kepada Allah mereka dikembalikan.” (Surah Ali-Imran: 83)

Ayat di atas menjelaskan yang Allah telah menegur dan menempelak mereka yang tidak menerima agama Allah iaitu Islam. Sedangkan sama ada secara sukarela atau terpaksa,
semua makhluk Allah akan kembali dan berdepan dengan Allah, kerana tidak ada ruang atau jalan untuk lari dari hakikat ini.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Barangsiapa yang mencari (berpegang) selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti termasuk di kalangan orang-orang yang rugi”. (Surah Al-Imran: 85).

Ayat di atas dengan jelas menyatakan, untuk diterima segala ibadat, perbuatan
kebajikan dan seterusnya diberikan ganjaran oleh Allah dan diredainya, hendaklah kita
menerima Islam, berpegang dan menghayatinya, patuh dan taat kepada peraturan, prinsip dan ajarannya yang syumul.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam ugama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Surah Al-Baqarah 208)

Ayat di atas menjelaskan bahawa wajib bagi kita menerima Islam secara total, semua
arahan, peraturan, undang-undang, ajaran, falsafah dan prinsipnya hendaklah diterima
semuanya tanpa kecuali. ini bermakna menerima dan menghayati perutusan Baginda
Rasulullah adalah wajib.

Maksud firman Allah Subhanahu Wataala:

“Adakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kufur terhadap sebahagian yang lain, tidak lain balasan orang-orang yang berbuat demikian daripada kamu kecuali kehinaan dalam hidup di dunia dan di Hari Kiamat di halau kepada siksa yang sangat pedih”. (Surah Al-Baqarah: 85)

Ayat di atas menjelaskan agar kita menerima Islam seluruhnya, kerana Islam itu
agama yang sempurna dan syumul, yang terdiri dari akidah dan keimanan, syariah dan
undang-undang, dan ihsan atau akhlak juga terkenal dengan tasauf. Penerimaan dan
penghayatan terhadap ketiga-tiga asas ini adalah wajib.

Aqidah

Aqidah, atau keimanan, adalah asas untuk menentukan sama ada seorang itu Islam atau tidak. Jika ia beriman maka barulah diterima sebagai Islam, kerana iman bererti
membenarkan atau bertasdiq dengan hati dan berikrar dengan lisan dan beramal anggota
zahir dengan ajaran-ajaran Allah Subhanahu Wataala, yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Untuk memenuhi tuntutan iman, maka perlu ada ketiga-tiga perkara ini, iaitu mengakui di dalam hati bahawa Islam itu benar, kalimah syahadah adalah intipatinya, menyatakan dengan lidahnya bahawa Islam itu agama yang benar, menyebut dan mengikrarkan kalimah syahadah adalah kuncinya, serta mengamalkan ajaran-ajaran yang
terkandung di dalam agama Islam itu. Kalau ketiga-tiga perkara tidak ada, maka tidaklah sempurna keimanan seseorang itu.

Syariah

Syariah ialah setiap hukum yang diperundangkan oleh Allah Subhanahu Wataala ke atas hambanya agar mereka beriman kepadanya boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di
akhirat. Hukum-hukum ini dinamakan syariah kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya
yang benar dan tidak menyimpang daripada tujuannya sama seperti jalan yang tidak
menyimpang daripada tujuannya, lurus dan betul. Berdasarkan pengertian ini ia bolehlah disamakan dengan saluran air yang menjadi sumber kerana air pun menjadi punca kehidupan bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Berdasarkan kenyataan tersebut adalah jelas bahawa syariah ialah hukum-hukum yang diturunkan dan diperundangkan oleh Allah Subhanahu Wataala, kepada hambahambanya
yang bersifat adil, hak dan syumul, sistemnya adalah unggul dan berwibawa, perjalanannya lurus dan tidak menyimpang daripada tujuan asalnya. Berpegang dan
menghayatinya membolehkan kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hukum-hukum yang diperundangkan oleh Islam adalah luas dan menyeluruh termasuklah yang berhubung dengan muamalah dalam ertikata yang luas, ibadah, akidah dan akhlak.


Kertas kerja asal disediakan Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Haji Mahmud Saedon bin Awang
Othman, Pakar Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan telah dibentangkan
dalam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Kali Ke-22 di Negara Brunei Darussalam
pada tahun 1997.

Read more...

masalah sosial semakin menjadi..

Thursday, May 6, 2010




jika dilihat peratusan masalah sosial ni, makin hari makin meningkat, apa masalah sebenarnya ni? adakah ibu bapa perlu dipersalahkan lagi @ pihak berkuasa tak menjalankan tugas mereka? kebanyakan mereka yang terlibat adalah anak-anak remaja kita, jika kita nak ukur pemerintah masa hadapanmaka lihatlah anak2 remaja kita masa kini. sekarang kita boleh lihat bagaimana keadaan dan perangai muda mudi yang bebas melakukan apa sahaja. contoh yang popular sekarang adalah kes buang bayi, mana hilangnya sifat kemanusian pada diri manusia itu sendiri? sehingga sanggup membuang anak dan ada sesetengahnya membunuh bayi yang tak mengerti apa2..



sedankangkan kucing boleh menjaga anaknya. sesetengah manusia sekarang boleh dibandingkan dengan binatang akibat daripada sikap manusia itu sendiri. jika dibuka data di pejabat pendaftaran kita dapat lihat 25,000 anak luar nikah yang didaftarkan dari tahun 2000 sehingga 2008, tu tak campur dengan yang tak mendaftar, yang mengugurkan anak, yang berzina tp tak mengandung. masalah ni masalah kita cubalah cakna, jika dilihat dalam al-furqan pun Allah taala menyuruh kita amar makruf nahi mungkar, inilah masanya saudara2 sekalian..

masalah buang bayi adalah alah satu daripada berpuluh-puluh masalah yang berlaku di zaman jahiliah moden ni.. antara yang kerap berlaku ;-

1. zina
2. arak
3. perkosa/rogol
4. rasuah
5. mencuri/merompak

& banyaklagi..

konklusinya, umat Islam adalah umat yang terbaik, kita hidup ada permulaan dan ada akhirnya. letakka matlamat hidup untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam lembah durjana. Allah berfirman maksudnya " janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan ".



Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP