Istimewa dua khutbah

Friday, September 10, 2010



Hari perayaan jamuan, itulah yang paling sesuai untuk diungkapkan kepada idul fitri di tanah air kita ini. Takbir memuji Ilahi dilontarkan di pagi hari selepas subuh lagi dan disambung sebelum khutbah raya idul fitri. Hari yang membahagiakan umat Islam serta menenangkan jiwa. Walaupun pagi yang mulia ini, disirami oleh hujan renyai-renyai pemberian Ilahi untk membasahkan bumi Kelantan. Alangkah beruntungnya dapat merasai kedinginan pagi yang suci ini, jika dibandingkan dengan negara-negara tanah arab yang suhunya hampir 50 darjah celcius. Syukur kepada Ilahi dengan rahmatNya.

Penulis bukan ingin bercakap tentang suasana 1 syawal tapi ingin berkongsi tentang isi khutbah yang mulia yang mempunyai nilai tersurat serta tersirat, jika diteliti dan dimuhasabah isinya boleh mengangkat martabat iman umat Islam. Alhamdulillah wa barakatillah dengan susunan hari yang disusun oleh al Khaliq umat Islam di Malaysia khususnya bertemu dengan dua khutbah dalam satu hari, Masya' Allah kekuasaanMu amat ku kagumi. Khutbah yang dimaksudkan penulis ialah khutbah hari raya dan khutbah jumaat.

Penulis agak terlewat ke masjid untuk menunaikan solat sunat idul fitri, tetapi sempat untuk bertakbir beramai-ramai dengan jemaah dan menghayati alunan takbir yang dialunkan oleh imam fathan, imam tua di masjid Al Karomah Baung, pengkalan chepa. Takbir alunan melayu agak sayu, nak di bandingkan dengan negara luar terutama di tanah arab agak semangat alunan takbirnya. Biarpun alunan takbir sayu tetapi para jemaah tetap ceria dengan berbagai-bagai pakaian.

Alahuakbar3X, Selepas selesai menunaikan solat sunat 'idul fitri, penulis dan para jemaah mendengar khutbah 'idul fitri yang banyak menyentuh tentang isu dan masalah semasa.
kalau penulis boleh pecahkan isi khutbah 'idul ini terbahagi kepada 3, pertama khatib mengungkai tentang pentingnya ziarah-menziarahi kedua tentang masalah sosial semasa dan ketiga berkaitan dengan peranan ibu bapa dan masyarakat terhadap masalah sosial.

Penulis teringat ucapan khutbah yang berkaitan dengan masalah sosial yang dipetik dari hadis nabi saw. secara ringkasnya daripada hadis ini, Allah ta'ala tidak akan menurunkan hujan yakni rezeki kepada mereka melakukan maksiat tetapi dengan sebab adanya binatang melata yang sentiasa berzikir menyebabkan Allah menurunkan juga rezeki, jangan kita menjadi lebih lemah daripada binatang, ingat tu!!

Selain daripada itu, isi khutbah itu juga memperingati ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka terutamanya anak-anak remaja. Anak remaja adalah pengganti tampuk pimpinan masa akan datang, jika anak remaja sekarang "duk meniarap atas motor" saja maka Malaysia akan datang para pemimpinnya duk merempit je la.. ish2 nauzubillah mudahan dielakkan.

Itulah pentingnya didikan awal anak-anak, betul pepatah melayu " melentur buluh biarlah dari rebungya" kalau dah jadi buluh, susah nak dilenturkan. Itulah pentingnya sebelum kahwin, suami isteri wajib mengisi diri mereka dengan ilmu-ilmu fardhu 'ain yang asas, contoh ilmu feqah, tauhid, akhlak dan sebagainya. Apabila ilmu fardhu ain mantap barulah cara didikan anak-anak akan jadi baik.

Gembiranya dapat mendengar khutbah raya, tahun depan mudahahan berjumpa lagi dengan isi khutbah 'idul yang baru.

ALHAMDULILLAH, jumaat yang mulia ini umat Islam ditakdirkan juga bertemu dengan khutbah setiap minggu yakni khutbah jumaat. Penulis amat bersyukur kerana khatib jumaat adalah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz B Nik Mat. "Ku kagumimu wahai tok guru".

Isi khutbah banyak menyentuh tentang apa yang patut dilakukan oleh umat Islam di idul fitri.
kata-kata tok guru seperti biasa berhikmah dan mempunyai butiran-butiran mutiara apabila dilontarkan, sungguh bermakna bagi sesiapa yang mendengarnya. Penulis dapat mengambil serba sedikit siraman khutbah tersebut.

Antara ucapan khutbah, tok guru menyeru agar umat Islam sentiasa berganding bahu meninggikan Din yang mulia ini. Umat Islam sekarang lebih ramai daripada musuh Islam tetapi tiada semangat kasih akan saudara seIslam sendiri dan takut kepada musuh menyebabkan umat Islam longlai. kuantiti tidak menjamin kemenangan seperti mana yang berlaku dalam perang Badar, jika kita ingat balik tentera Islam hanya mempunyai 313 sahaja tentera berbanding tentera musuh dua kali ganda tetapi kemenangan berpihak kepada Islam, kenapa jadi sedemikian? jawapannya kualiti tentera Islam yang tinggi. Mudahan kita akan menjadi sedemikian, Insya Allah.

Dalam khutbah juga, tok guru sentiasa mengingatkan umat Islam supaya banyak bermuhasabah diri, kerana dengan bermuhasabah dapat meneliti kesalahan serta kekhilafan diri yang lemah ini.

Inilah antara isi dua khutbah, yang mempunyai dua isi yang hampir sama untuk kita mendekatkan diri kepada Rabbu Izzati.

10 september 2010 bersamaan 1 syawal 1431 HIJRAH
oleh Jannatulibtisam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP