Taubat

Saturday, November 6, 2010

'wahai orang-orang yan mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha'( attahrim : 8 )

Bismillahirahmanirahim..

Diceritakan bahawa umar al khatab berjalan-jalan di pinggir kota. beliau melihat pemuda membawa botol yang disorok di sebalik bajunya. lalu umar berkata, 'wahai pemuda apa yang engkau sorokkan di sebalik bajumu itu?' sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. maka dalam hatinya berdoa, "ya Allah, jangan engkau beri aku malu di hadapan umar, jangan bukakan rahsiaku kepadanya. aku berjanji tidak akan minum arak selamanya. kata pemuda itu 'wahai amirul mukminin yang aku bawa ini adalah cuka'.Dan dipendekkan cerita lalu arak itu bertukar menjadi cuka dengan izin Allah.

kisah ini memberikan kita satu pengajaran beharga kepada insan yang melakukan maksiat dan ingin bertaubat. Ada sesetengahnya sering bertaubat dan sering juga melakukan maksiat, golongan ini tidak istiqomah dengan taubatnya.

Cuba kita lihat...





merapi di di indonesia



banjir di thailand





banjir di malaysia

Semua fenomena alam ni adalah fenomena yang baru berlaku, adakah semua ini ujian daripada Allah @ disebabkan oleh keingkaran manusia itu sendiri. Contoh-contoh fenomena sebelum ni seperti taufan, banjir kilat di pakistan, gempa bumi dan tsunami di indonesia merupakan sebab daripada alasan manusia mengingkari suruhanNya.

Taubat dan fenomena alam adalah benda yang berkaitan serta perlu difikir kesannya. Seorang yang digelari muslim perlu sentiasa menyesali diri dengan sentiasa muhasabah dan bertaubat agar bencana dan ujian Allah kurang dihujani lagi.

Allah berfirman :

'Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan selain daripada Allah dan tiada membunuh manusia yang diharamkan Allah, membuatnya kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. barangsiapa yang melanggari perintah Allah nescaya akan menemui dosa (seksa). Dilipatgandakan seksa untuknya pada hari kiamat dan kekal didalamnya dan terhina. kecuali orang yang bertaubat dan beriman lagi mengerjakan amal soleh'. Maka Allah akan mengantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah pengampun lagi penyayang. Baragsiapa taubat dan beramal soleh, maka sesungguhnya ia taubat kepada Allah sebenar-benarnya taubat.' ( al-furqan : 68-71 )

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP