'idul adha

Thursday, November 18, 2010

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah. Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas keranaTuhanmu. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan. ( Al-kauthar ).

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar, la ilaha illallah walahuakbar Allahuakbar walillahil hamd. Kalimah kesucian ini tergiang-giang didengari bila 'idul diraikan tidak kiralah samada 'idul fitri ataupun 'idul adha. Alhamdulillah pada 10 zulhijjah bersamaan dengan 17 november kita telah merayakan 'idul adha walaupun di negara-negara lain ada yang menyambutnya lebih awal sehari.

Segala puji dengan nikmaMu, 'idul adha disambut dengan sederhana seperti tahun-tahun sebelum ini. walaupun tahun ini penulis tak buat qurban, tetapi tetap bersama-sama melaungkan takbir ketika lembu diqurbankan.

Peristiwa qurban adalah peristiwa pengorbanan yang perlu dicontohi oleh umat Islam sekarang dan jangan disirnakan. Jika dilihat, peristiwa ini diobjektifkan daripada kisah nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail. Bagaimana seorang ayah sanggup menyembelih anak yang tercinta kerana mengikut kehendak Allah ta'ala. Selain pada itu, kita boleh lihat pengorbanan ibu yakni hajar kepada anaknya untuk mendapatkan seteguk air untuk diminum anak tercinta Ismail.

Sabda Rasulullah saw : Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.' ( riwayat Imam Muslim )

Bagi umat Islam yang tidak melakukan Ibadat haji disunatkan kepada mereka untuk melakukan qurban. Setiap orang yang melakukan qurban hendaklah berada ditempat penyelembelihan, bak kata ustaz zawawi yusuf orang yang melihat proses qurban perlu berasa seperti lembu yang mana diikat, dipegang beramai-ramai dan disembelih untuk membuktikan pengrbanan dan keihklasan kita terhadap sesuatu yang kita buat.
wallahu 'alam.

Disini penulis lampirkan juga aktiviti qurban di Masjid Al-karomah baung, pengkalan chepa.



Lembu yang telah disembelih



Kelihatan imam tirmizi ( baju merah ) menyiat kulit.



Ajk masjid gigih menyiang daging.

kullu 'amin wa antum bilkhair.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP