Ayuh terus berselawat

Saturday, February 4, 2012



Allahumma solli 'Ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi Muhammad..

Saya memanjatkan syukur kepada Allahu rabbi 'alamin kerana menangguhkan kematian yang tidak tahu tarikhnya untuk bertemu dengan bulan yang mulia yakni bulan Rabi'u awwal beserta hari yang mulia hari kelahiran Rasulullah sollolahu 'alahi wasallam hari yang penuh barakah dan tenang bagi mereka yang menelitinya.

Kami ya Rasulullah mencintaimu serta sangat mengharapkan syafaatmu di hari mahsyar kelak jika tiada dirimu maka buta dan hilang akallah kami di padang yang penuh dengan lautan manusia. Ya Rasulullah kami berusaha agar diri kami sentiasa mengikuti sunnah-sunnahmu kerana kami sentiasa ingat akan kata-katamu :-

" Barang sesiapa yang berpegang kepada kitabullah dan As-sunnah maka tidak akan sesat " - Rasulullah saw -

kata-kata ini akan kami pegang sehingga akhir hayat kami.

" sesungguhnya aku diutuskan untuk memuliakan akhlak "

kami juga tidak akan lupa akan kata-kata ini, kami tahu Habibina diutuskan untuk memperelokkan akhlak kami tetapi sekarang kami cuba untuk memperbaiki akhlak kami mengikut suruhanmu, kami umat akhir zaman yang leka dan lalai sentiasa doakan kami disana.

Benarlah Firman Rabbu 'Izzati :

" Mereka tidak berhak mendapat syafa'at kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah " ( surah Maryam ayat 87 )

Ingatlah perjanjian disini ialah mereka yang sentiasa mengikut suruhan Allah dan mengikut ajaran Rasulullah saw.

Maka pada Maulidur Rasul pada hari ini perbanyakkan selawat kepada Baginda dan jangan tinggalkan perkara ini pada hari-hari lain. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1433 H.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP