Bila sakit..

Saturday, May 15, 2010


Alhamdulillah..

Syukur kepada tuhan kerana memberi kita kesihatan pada hari ini dan dengan kesihatan ini dapat kita melakukan aktiviti harian. Adakah terdetik di hati kita bagaimananah keadaan pesakit2 yang berada di hospital? mereka hanya dapat berbaring sahaja di atas katil, bila nak ke tandas orang pimpinkan, nak makan orang suapkan. Jika kita sedemikian, kita boleh merasai apa yang mereka rasai.

Pada 15 mei yakni semalam, Saya berkesempatan untuk menemani sahabat saya sakit. Perubahan orang sihat dan orang sakit amat ketara bezanya, dulunya dia seorang yang periang dan sekarang dia hanya terlantar di atas katil dan badannya amatlah lemah kerana baru lepas menjalani pembedahan kecil pada perutnya.

Malam atau siang serupa baginya kerana dia tak boleh tidur, katanya 'badan tak sedap' dia tak menyentuh pun makanan kerana tiada selera untuk makan.

Jika difikirkan balik beruntungnya aku hari ni kerana diberi kesihatan oleh Allah dan dihindarkan penyakit buat masa ini, mudahan kesihatan ini berterusan hendaknya. Kadang-kadang sakit adalah penyembuh bagi hati yang rosak, Allah memberi ujian sakit kepada hambanya supaya hambanya lebih bertaqarrub kepadaNya dan sentiasa ingat kepadaNya.

Memandangkan kita masih lagi segar bugar eloklah sama2 menghindari dari melakukan dosa, sama ada dosa kecil ataupun besar, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat jika kita melakukan dosa besar jangan ketika sakit baru kita nak insaf dan bertaubat. Ingatlah mati sentiasa mengekori kita dimana sahaja kita berada. Firman Allah ta'ala ;"setiap yang hidup pasti akan merasai mati".

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP